Sunday 5 August 2018

TEKS PENGACARA MAJLIS IKRAR PELAJAR

Teks juru acara majlis






















Ucapan alu-aluan majlis ikrar dan penyerahan watikah

Terima kasih Pn. Nur Ain Izzati binti Jasni (guru bertugas)

Yang Berusaha,

Tuan Mohd Thani bin Mohd Ibrahim
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun,

Yang Dihormati:

Pn Salmah binti Basir
Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Noramizan binti Ab. Rahman
Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Bebi Ramadiah binti Said Rastan
Penolong Kanan Kokurikulum

Cik Mahathevi a/p V. Durairajah
Penolong kanan Petang

Pn. Hajah Ariza Bt. Che Omar
Pembantu Penolong Kanan Petang

Guru-guru,  dan murid-murid yang dikasihi sekalian.  

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan MAJLIS  IKRAR PELAJAR DAN WATIKAH PELANTIKAN KAPTEN DAN PENOLONG KAPTEN KELAS TAHUN 2018
Pada setiap awal tahun, SMK Perimbun mengadakan Majlis Ikrar  bertujuan memperbaharui matlamat dan azam pelajar  untuk mencapai kecemerlangan diri dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.  

Objektif  program ini adalah :

1-Membolehkan murid menyedari peranan dan tanggungjawab mereka
2-Membolehkan murid berusaha mencapai kecemerlangan diri
3-Murid berupaya menjaga nama baik diri, keluarga dan sekolah

Justeru, tanpa melengahkan masa, majlis menjemput saudara ADAM FIRDAUS BIN YUSAINI dari tingkatan 2 AMAL untuk mengetuai lafaz ikrar pada petang ini. Semua murid dikehendaki bersedia dan melafazkan ikrar dengan penuh semangat.

Dipersilakan

(LAFAZ IKRAR)

Terima kasih diucapakan kepada saudara ADAM FIRDAUS BIN YUSAINI yang mengetuai lafaz ikrar sebentar tadi. Semoga dengan ikrar yang dilafazkan, dapat menyuntik azam dan semangat dalam diri semua murid untuk lebih fokus dalam usaha menjadi individu yang cemerlang di masa akan datang.

Semua murid dipersilakan untuk duduk.

Anugerah kehadiran penuh bagi individu Tingkatan 1

Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput tuan Pengetua, Tn. Mohamad Thani Bin Mohd Ibrahim naik ke pentas dengan diiringi oleh Cik Mahathevi a/p V.Durairajah, Penolong Kanan Petang untuk menyampaikan watikah pelantikan kapten dan penolong kapten. Dipersilakan..

Dimulai dengan wakil kapten bagi tingkatan 1, saudara MOHAMED AMINUR HANIF BIN MOHAMED ROSDI dari 1 AMAL

Seterusnya wakil penolong kapten tingkatan 1, saudara MUHAMMAD SODEK BIN P MISRIYAH dari 1 ADIL

wakil kapten bagi tingkatan 2, saudara ADAM FIRDAUS BIN YUSAINI dari 2 AMAL

Seterusnya wakil penolong kapten tingkatan 2, saudara RASYIQAH ADIBAH BINTI MOHD ROFIK dari 2 AMAL

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Pengetua  kerana sudi menyampaikan watikah itu tadi. Semoga dengan penyerahan watikah ini, semua kapten kelas dan penolong kapten kelas yang telah dilantik dapat menggalas dan meyempurnakan tugang masing-masing dengan jujur dan berdedikasi.

PROGRAM 5 MINIT DADAH

Seterusnya saya serahkan majlis kepada Pn. Roslinda Binti Yusof untuk program 5 minit  dadah.
Dipersilakan.

Terima kasih di atas perkongsian itu tadi.

Dengan ini tamatlah sudah majlis ikrar dan penyampaian watikah pelantikan kapten dan penolong kapten kelas bagi tahun 2018. Diharapkan majlis ini dapat menyuntik semangat semua murid untuk belajar bersungguh-sungguh dan berusaha mencapai kecemerlangan diri dalam semua bidang kehidupan.

Setiap usaha membawa kejayaan
Sifat putus asa membawa kegagalan
Sifat malas mestilah dihalang
Agar diri sentiasa cemerlang

Usaha sikit dapat hasil tak seberapa
Usaha berganda senang nak kaya
Rajin ke sekolah dan rajin membaca
Bila dewasa jadi orang berguna

Sekian terima kasih.

Saya serahkan majlis kepada guru bertugas.





0 comments:

Post a Comment

PELALIAN HPV TINGKATAN 1

1.0            PENGENALAN Dasar untuk memperkenalkan Pelalian HPV sebagai sa...