Saturday 4 August 2018

KURSUS TINDAKAN AWAL KECEMASAN (FIRST AID) BERSAMA KPJ

1.0           PENGENALAN

Kursus Tindakan Awal Kecemasan ini adalah merupakan program jaringan     bersama KPJ di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Penyelaras SMK Perimbun.  Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai prosedur tindakan awal sekiranya berlaku kecemasan dan asas CPR. Tindakan awal kecemasan merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara kepada mangsa. Justeru, seramai 90 orang murid tingkatan 1 dan 2 termasuk ahli aktif St. John dan BSMM disasarkan untuk    menyertai kursus ini. Di samping itu, program ini juga diharapkan menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan agensi-agensi luar di masa akan datang.




2.0           OBJEKTIF

2.1  Mendedahkan pelajar tentang kepentingan mempelajari ilmu pertolongan cemas.

2.2  Melahirkan pelajar yang berkemampuan menghadapi saat-saat kecemasan yang    berlaku sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

2.3  Membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah dalam bidang kokurikulum.

2.4  Mengasah bakat dan memupuk nilai-nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar.

2.5 Membina jaringan permuafakatan  antara warga sekolah dengan agensi luar


3.0           PELAN PELAKSANAAN

Tarikh             : 03 MEI 2018 (Khamis)

Masa               : 1.30 tengahari

Tempat           : Dataran Seri Angsana, SMK Perimbun






4.0           JAWATAN KUASA PELAKSANA

Penasihat                       : En Mohamad Thani Bin Mohd Ibrahim  (Pengetua)
Pengerusi                       : Pn Salmah Binti Basir (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi             : Pn Noramizan Binti Ab. Rahman 
                                           (Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar)

                                           Cik Mahathevi a/p V.Durairajah
                                           (Penolong Kanan Petang)

                                           Pn Bebi Ramadiah Binti Said Rastan
                                           (Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras Program : Pn Nor Hafidah Binti Hassan
Setiausaha                   : Pn Chia Soo Chan
Juruacara                     : Pn. Rozinah binti Ahmad
            Pengurus Peserta        : Pn. Siti Noriszuwani binti Safiai
 Pn. Norwani Binti Ibrahim
Cenderamata             : Pn. Roslinda Binti Yusof
Sijil                                : Pn. Zawani binti Din
                                       : Pn. Puvanes a/p Chandran
            Siar raya                        : En Alex Tan Siaw Wei
Fotografi                      : Pn. Siti Khadijah Binti M.Sharif
Buku Program/         : Pn. Nor Hafidah binti Hassan
Dokumentasi
Jamuan                       : Pn Aziyyati binti Rozali

                                      : Pn. Ramcino binti Ansaram

Majlis bermula pada pukul 1.30 tengahari dengan bacaan doa pembukaan oleh Ustaz Tuan Wahab selepas ketibaan Pegawai CNO KPJ, Fasilitator dan juga penceramah yang akan membimbing kursus pada hari ini. Seramai 21 kakitangan KPJ hadir sebagai fasilitator bagi program petang ini.

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar di antara kakitangan KPJ, peserta-peserta dan ahli jawatan kuasa program SMK Perimbun. Penceramah menyampaikan taklimat dan pendedahan mengenai pengurusan pertolongan cemas yang merangkumi prinsip pertolongan cemas, menangani senario luka dan pendarahan serta menangani scenario terseliuh, kecederaan otot dan patah. Para peserta memberi kerjasama yang baik sepanjang ceramah disampaikan.

            Peserta kursus dibenarkan berehat untuk minum petang pada pukul 4.00 hingga 4.30 petang. Semua peserta disediakan makanan dan minuman percuma oleh pihak KPJ. Pihak sekolah amat berterima kasih di atas sumbangan ini. Majlis diteruskan semula dengan aktiviti ‘Mock Drill’ pada pukul 4.30 petang di mana pesrta di minta melaksanakan tindakan awal menangani senario membalut, mengangkat dan mangalih pesakit yang patah kaki. Aktiviti ini berjalan lancar dengan kerjasama yang baik oleh peserta kursus. Majlis penutup dan penyampaian cenderahati diadakan tepat pada pukul 5.00 petang.










Secara keseluruhannya, Kursus Tindakan Awal Kecemasan ini berjalan dengan amat lancar. Program kerjasama dengan agensi luar seperti ini sangat sesuai dijalankan di sekolah dan dicadangkan diteruskan pada tahun-tahun akan dating. Pendedahan mengenai tindakan awal menangani kecemasan ini disampaikan oleh kakitangan agensi yang  pakar dan mempunyai ilmu yang luas serta memberi pengalaman baru kepada peserta yang terdiri dari murid-murid sekolah.

0 comments:

Post a Comment

PELALIAN HPV TINGKATAN 1

1.0            PENGENALAN Dasar untuk memperkenalkan Pelalian HPV sebagai sa...