1.0
PENGENALAN
Dasar untuk memperkenalkan Pelalian HPV sebagai
salah satu pelalian kanak-kanak sekolah telah diluluskan oleh Jawatankuasa
Dasar Pelalian Kebangsaan pada 5 November 2007. Cadangan untuk melaksanakan
Program Pelalian HPV Kebangsaan telah diterima secara dasarnya oleh
Jawatankuasa Dasar dan Pengurusan Kementerian Kesihatan pada 25 Februari 2009
dan Jemaah Menteri telah bersetuju dengan dasar tersebut pada 19 Ogos 2009.
Sebanyak RM150 juta telah diperuntukan bagi melaksanakan Program Pelalian HPV
Kebangsaan bagi tahun 2010. Semua sekolah menengah yang berdaftar dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini termasuklah sekolah-sekolah bantuan penuh
dan separa kerajaan, sekolah bantuan agama, sekolah-sekolah swasta,
sekolah-sekolah di bawah pentadbiran MARA, kerajaan-kerajaan negeri dan juga sekolah-sekolah
antarabangsa.
Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun juga tidak
terkecuali. Program Pelalian HPV telah dilaksanakan setiap tahun bagi semua
murid perempuan tingkatan 1 dan mendapat kerjasama yang baik dari kakitangan
Klinik Kesihatan Sungai Chua. Perjalanan program ini biasanya mengambil masa 2
hari bagi setiap dos.
2.0
OBJEKTIF
i.
Memberi pendedahan awal kepada murid
tingkatan 1 mengenai HPV.
ii.
Memberi pelalian HPV kepada semua murid
perempuan berusia 13 tahun (tingkatan 1)
iii.
Melindungi remaja perempuan Malaysia dari
jangkitan HPV
iv.
Untuk mengurangkan kadar insiden kanser
serviks di Malaysia
3.0
PELAN PELAKSANAAN
Pelalian Dos I
Tarikh : 10
Januari hingga 11 Januari
Masa : 1.30 tengahari
Tempat : Dewan Seri
Angsana, SMK Perimbun
Sasaran
: Semua murid perempuan tingkatan 1
Pelalian Dos II
Tarikh : 16 Julai
hingga 17 Julai 2018
Masa : 1.30 tengahari
Tempat : Dewan Seri
Meranti, SMK Perimbun
Sasaran
: Semua murid perempuan tingkatan 1
4.0
JAWATAN KUASA
PELAKSANA
Penasihat :
En Mohamad Thani Bin Mohd Ibrahim
(Pengetua)
Pengerusi
: Pn Salmah Binti Basir (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn Noramizan Binti Ab. Rahman
(Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar)
Penyelaras Program : Pn
Nor Hafidah Binti Hassan
Pengurus Murid : Pn. Siti Noriszuwani binti
Safiai
Dokumentasi :
Pn. Nor Hafidah binti Hassan