Sunday 5 August 2018

PELALIAN HPV TINGKATAN 1





1.0           PENGENALAN

Dasar untuk memperkenalkan Pelalian HPV sebagai salah satu pelalian kanak-kanak sekolah telah diluluskan oleh Jawatankuasa Dasar Pelalian Kebangsaan pada 5 November 2007. Cadangan untuk melaksanakan Program Pelalian HPV Kebangsaan telah diterima secara dasarnya oleh Jawatankuasa Dasar dan Pengurusan Kementerian Kesihatan pada 25 Februari 2009 dan Jemaah Menteri telah bersetuju dengan dasar tersebut pada 19 Ogos 2009. Sebanyak RM150 juta telah diperuntukan bagi melaksanakan Program Pelalian HPV Kebangsaan bagi tahun 2010. Semua sekolah menengah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini termasuklah sekolah-sekolah bantuan penuh dan separa kerajaan, sekolah bantuan agama, sekolah-sekolah swasta, sekolah-sekolah di bawah pentadbiran MARA, kerajaan-kerajaan negeri dan juga sekolah-sekolah antarabangsa.

Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun juga tidak terkecuali. Program Pelalian HPV telah dilaksanakan setiap tahun bagi semua murid perempuan tingkatan 1 dan mendapat kerjasama yang baik dari kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Chua. Perjalanan program ini biasanya mengambil masa 2 hari bagi setiap dos.



2.0           OBJEKTIF

i.                     Memberi pendedahan awal kepada murid tingkatan 1 mengenai HPV.

ii.                   Memberi pelalian HPV kepada semua murid perempuan berusia 13 tahun   (tingkatan 1)

iii.                 Melindungi remaja perempuan Malaysia dari jangkitan HPV

iv.                 Untuk mengurangkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia






3.0           PELAN PELAKSANAAN


Pelalian Dos I

Tarikh             : 10 Januari hingga 11 Januari
Masa               : 1.30 tengahari
Tempat           : Dewan Seri Angsana, SMK Perimbun
Sasaran           :  Semua murid perempuan tingkatan 1




Pelalian Dos II

Tarikh             : 16 Julai hingga 17 Julai 2018
Masa               : 1.30 tengahari
Tempat           : Dewan Seri Meranti, SMK Perimbun
Sasaran           :  Semua murid perempuan tingkatan 1



4.0           JAWATAN KUASA PELAKSANA

Penasihat                            : En Mohamad Thani Bin Mohd Ibrahim  (Pengetua)
Pengerusi                            : Pn Salmah Binti Basir (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi                  : Pn Noramizan Binti Ab. Rahman 
                                                 (Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar)
                                                 Cik Mahathevi a/p V.Durairajah                                                                                                                (Penolong Kanan Petang)

Penyelaras Program          : Pn Nor Hafidah Binti Hassan
              Pengurus Murid                  : Pn. Siti Noriszuwani binti Safiai
             Dokumentasi                       : Pn. Nor Hafidah binti Hassan
                     




     























TEKS PENGACARA MAJLIS IKRAR PELAJAR

Teks juru acara majlis






















Ucapan alu-aluan majlis ikrar dan penyerahan watikah

Terima kasih Pn. Nur Ain Izzati binti Jasni (guru bertugas)

Yang Berusaha,

Tuan Mohd Thani bin Mohd Ibrahim
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun,

Yang Dihormati:

Pn Salmah binti Basir
Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Noramizan binti Ab. Rahman
Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Bebi Ramadiah binti Said Rastan
Penolong Kanan Kokurikulum

Cik Mahathevi a/p V. Durairajah
Penolong kanan Petang

Pn. Hajah Ariza Bt. Che Omar
Pembantu Penolong Kanan Petang

Guru-guru,  dan murid-murid yang dikasihi sekalian.  

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan MAJLIS  IKRAR PELAJAR DAN WATIKAH PELANTIKAN KAPTEN DAN PENOLONG KAPTEN KELAS TAHUN 2018
Pada setiap awal tahun, SMK Perimbun mengadakan Majlis Ikrar  bertujuan memperbaharui matlamat dan azam pelajar  untuk mencapai kecemerlangan diri dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.  

Objektif  program ini adalah :

1-Membolehkan murid menyedari peranan dan tanggungjawab mereka
2-Membolehkan murid berusaha mencapai kecemerlangan diri
3-Murid berupaya menjaga nama baik diri, keluarga dan sekolah

Justeru, tanpa melengahkan masa, majlis menjemput saudara ADAM FIRDAUS BIN YUSAINI dari tingkatan 2 AMAL untuk mengetuai lafaz ikrar pada petang ini. Semua murid dikehendaki bersedia dan melafazkan ikrar dengan penuh semangat.

Dipersilakan

(LAFAZ IKRAR)

Terima kasih diucapakan kepada saudara ADAM FIRDAUS BIN YUSAINI yang mengetuai lafaz ikrar sebentar tadi. Semoga dengan ikrar yang dilafazkan, dapat menyuntik azam dan semangat dalam diri semua murid untuk lebih fokus dalam usaha menjadi individu yang cemerlang di masa akan datang.

Semua murid dipersilakan untuk duduk.

Anugerah kehadiran penuh bagi individu Tingkatan 1

Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput tuan Pengetua, Tn. Mohamad Thani Bin Mohd Ibrahim naik ke pentas dengan diiringi oleh Cik Mahathevi a/p V.Durairajah, Penolong Kanan Petang untuk menyampaikan watikah pelantikan kapten dan penolong kapten. Dipersilakan..

Dimulai dengan wakil kapten bagi tingkatan 1, saudara MOHAMED AMINUR HANIF BIN MOHAMED ROSDI dari 1 AMAL

Seterusnya wakil penolong kapten tingkatan 1, saudara MUHAMMAD SODEK BIN P MISRIYAH dari 1 ADIL

wakil kapten bagi tingkatan 2, saudara ADAM FIRDAUS BIN YUSAINI dari 2 AMAL

Seterusnya wakil penolong kapten tingkatan 2, saudara RASYIQAH ADIBAH BINTI MOHD ROFIK dari 2 AMAL

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Pengetua  kerana sudi menyampaikan watikah itu tadi. Semoga dengan penyerahan watikah ini, semua kapten kelas dan penolong kapten kelas yang telah dilantik dapat menggalas dan meyempurnakan tugang masing-masing dengan jujur dan berdedikasi.

PROGRAM 5 MINIT DADAH

Seterusnya saya serahkan majlis kepada Pn. Roslinda Binti Yusof untuk program 5 minit  dadah.
Dipersilakan.

Terima kasih di atas perkongsian itu tadi.

Dengan ini tamatlah sudah majlis ikrar dan penyampaian watikah pelantikan kapten dan penolong kapten kelas bagi tahun 2018. Diharapkan majlis ini dapat menyuntik semangat semua murid untuk belajar bersungguh-sungguh dan berusaha mencapai kecemerlangan diri dalam semua bidang kehidupan.

Setiap usaha membawa kejayaan
Sifat putus asa membawa kegagalan
Sifat malas mestilah dihalang
Agar diri sentiasa cemerlang

Usaha sikit dapat hasil tak seberapa
Usaha berganda senang nak kaya
Rajin ke sekolah dan rajin membaca
Bila dewasa jadi orang berguna

Sekian terima kasih.

Saya serahkan majlis kepada guru bertugas.





Saturday 4 August 2018

KURSUS TINDAKAN AWAL KECEMASAN (FIRST AID) BERSAMA KPJ

1.0           PENGENALAN

Kursus Tindakan Awal Kecemasan ini adalah merupakan program jaringan     bersama KPJ di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Penyelaras SMK Perimbun.  Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai prosedur tindakan awal sekiranya berlaku kecemasan dan asas CPR. Tindakan awal kecemasan merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara kepada mangsa. Justeru, seramai 90 orang murid tingkatan 1 dan 2 termasuk ahli aktif St. John dan BSMM disasarkan untuk    menyertai kursus ini. Di samping itu, program ini juga diharapkan menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan agensi-agensi luar di masa akan datang.




2.0           OBJEKTIF

2.1  Mendedahkan pelajar tentang kepentingan mempelajari ilmu pertolongan cemas.

2.2  Melahirkan pelajar yang berkemampuan menghadapi saat-saat kecemasan yang    berlaku sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

2.3  Membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah dalam bidang kokurikulum.

2.4  Mengasah bakat dan memupuk nilai-nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar.

2.5 Membina jaringan permuafakatan  antara warga sekolah dengan agensi luar


3.0           PELAN PELAKSANAAN

Tarikh             : 03 MEI 2018 (Khamis)

Masa               : 1.30 tengahari

Tempat           : Dataran Seri Angsana, SMK Perimbun






4.0           JAWATAN KUASA PELAKSANA

Penasihat                       : En Mohamad Thani Bin Mohd Ibrahim  (Pengetua)
Pengerusi                       : Pn Salmah Binti Basir (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi             : Pn Noramizan Binti Ab. Rahman 
                                           (Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar)

                                           Cik Mahathevi a/p V.Durairajah
                                           (Penolong Kanan Petang)

                                           Pn Bebi Ramadiah Binti Said Rastan
                                           (Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras Program : Pn Nor Hafidah Binti Hassan
Setiausaha                   : Pn Chia Soo Chan
Juruacara                     : Pn. Rozinah binti Ahmad
            Pengurus Peserta        : Pn. Siti Noriszuwani binti Safiai
 Pn. Norwani Binti Ibrahim
Cenderamata             : Pn. Roslinda Binti Yusof
Sijil                                : Pn. Zawani binti Din
                                       : Pn. Puvanes a/p Chandran
            Siar raya                        : En Alex Tan Siaw Wei
Fotografi                      : Pn. Siti Khadijah Binti M.Sharif
Buku Program/         : Pn. Nor Hafidah binti Hassan
Dokumentasi
Jamuan                       : Pn Aziyyati binti Rozali

                                      : Pn. Ramcino binti Ansaram

Majlis bermula pada pukul 1.30 tengahari dengan bacaan doa pembukaan oleh Ustaz Tuan Wahab selepas ketibaan Pegawai CNO KPJ, Fasilitator dan juga penceramah yang akan membimbing kursus pada hari ini. Seramai 21 kakitangan KPJ hadir sebagai fasilitator bagi program petang ini.

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar di antara kakitangan KPJ, peserta-peserta dan ahli jawatan kuasa program SMK Perimbun. Penceramah menyampaikan taklimat dan pendedahan mengenai pengurusan pertolongan cemas yang merangkumi prinsip pertolongan cemas, menangani senario luka dan pendarahan serta menangani scenario terseliuh, kecederaan otot dan patah. Para peserta memberi kerjasama yang baik sepanjang ceramah disampaikan.

            Peserta kursus dibenarkan berehat untuk minum petang pada pukul 4.00 hingga 4.30 petang. Semua peserta disediakan makanan dan minuman percuma oleh pihak KPJ. Pihak sekolah amat berterima kasih di atas sumbangan ini. Majlis diteruskan semula dengan aktiviti ‘Mock Drill’ pada pukul 4.30 petang di mana pesrta di minta melaksanakan tindakan awal menangani senario membalut, mengangkat dan mangalih pesakit yang patah kaki. Aktiviti ini berjalan lancar dengan kerjasama yang baik oleh peserta kursus. Majlis penutup dan penyampaian cenderahati diadakan tepat pada pukul 5.00 petang.










Secara keseluruhannya, Kursus Tindakan Awal Kecemasan ini berjalan dengan amat lancar. Program kerjasama dengan agensi luar seperti ini sangat sesuai dijalankan di sekolah dan dicadangkan diteruskan pada tahun-tahun akan dating. Pendedahan mengenai tindakan awal menangani kecemasan ini disampaikan oleh kakitangan agensi yang  pakar dan mempunyai ilmu yang luas serta memberi pengalaman baru kepada peserta yang terdiri dari murid-murid sekolah.

PELALIAN HPV TINGKATAN 1

1.0            PENGENALAN Dasar untuk memperkenalkan Pelalian HPV sebagai sa...